Dasar ketahap yang lebih baik dengan meningkatkan

Dasar Pembangunan Nasional
(DPN)

Latarbelakang

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Sewaktu tempuh DEB (1970 –
1990) ekonomi Negara telah berkembang dengan pesat biarpun berdepan dengan
pelbagai halangan dan cabaran. Biarpun kejayaan DEB bukan satu kejayaan yang
menyeluruh tetapi banyak kejayaan muncul dalam membangunkan ekonomi Negara.  Target pencapaian pemilikan saham bumiputera
sebanyak 30% tidak tercapai oleh itu pada 17 jun 1991, kerajaan telah
melancarkan satu lagi dasar iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
kesinambungan dari DEB

Objektif

Seperti DEB, perpaduan kaum
menjadi teras kepada DPN kerana perpaduan masyarakat adalh teras untuk
memperkukuhkan lagi kestabilan social dan politik juga mengekalkan matlamat
pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN mengarahkan langkah bagi maksud
mencapai taraf Negara yang maju dalam setiap bidang seperti keadilan social,
nilai, etika, moral, kestabilan politik dan lain-lain lagi.

Strategi Pelaksanaan

Mengambil DEB sebagai asas
iaitu menyusun semula masyarakat dan pembasmian kemiskinan bagi menseimbangkan
jurang social dan ekonomi antara kaum. Maka dengan DPN ini ia akan menjurus
kepada pengukuhan perpaduan kaum.

i.                
Perlu
memastikan pembangunan yang seimbang bagi sector utama ekonomi bagi
meningkatkan daya saing serta melengkapi antara satu sector dengan satu sector
yang lain.

ii.              
Merapat
dan menghapuskan jurang ketidakadilan social dan ekonomi Negara bagi mengalakan
perkongsian dengan lebih adil dan saksama antara kaum.

iii.            
Meningkat
dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mendekatkan jurang penguasaan
ekonomi.

iv.            
Memajukan
sumber manusia dengan mewujudkan tenaga kerja yang komited dan berdisiplin
serta produktif

v.              
Meletakkan
sains dan teknologi sebagai teras dalam merancang pembangunan nnegara agar
rakyat lebih berpendidikan.

 

Program Pelaksanaan

Diantara pendekatan DPN
ialah

i.                
Menghasilkan  produk berkualiti tinggi dan berkekalan

ii.              
Mampu
bersaing dalam pasaran antarabangsa dengan meningkatkan pelaburan luar serta
mempermudahkan urusan impot dan ekspot

iii.            
Pembasmian
kemiskinan, taraf kemiskinan rakyat dijangka dapat dikurangkan dan begitu juga
kadar kemiskinan dapat diminimakan.

 

Penyusunan Semula
Masyarakat

Meningkatkan taraf kehidupan
bumiputera ketahap yang lebih baik dengan meningkatkan guna tenaga dengan
penyertaan kaum bumiputera dalam pengurusan sector moden dan membentuk golongan
usahawan dan bisnes dan berharapan suatu hari nanti bumiputera tidak memerlukan
tongkat lagi.

 

DPN sentiasa mendorong agar
bumiputera menceburi bisnes industry pembuatan dan francais kerana ini akan
menjadikan jurang pendapatan antara kaum semakin kecil dan perpaduan akan terus
terpelihara.

 

Kerajaan juga menubuhkan
agensi amanah bagi menguruskan pemilikan saham bumiputera dengan penubuhan
Permodalan Nasional Berhad yang berperanan menguruskan Amanah Saham Nasional,
Amanah Saham Bumiputera dan lain-lain. Sementara itu Dasar Penswastaan juga
dilaksanakan bagi memperluaskan penyertaan bumiputera dalam sector swasta, ia
juga mengurangkan bebanan perbelanjaan kerajaan dengan focus memberi
perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

 

Kesimpulan

DPN terus berusaha bagi
mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum juga memperseimbangkan
jurang antara yang kaya dengan yang sederhana miskin dengan prinsip pembangunan
seimbang dan juga pengagihan saksama bagi mengapai kestabilan perpaduan Negara.